Sidang Akhbar Menjelang Perlawanan Liga AFC
 |
| Gambar - Steve berjabat tangan dengan jurulatih Singapore Amred Forces FC, Kok Chuan Bok sambil diperhatikan oleh Pegawai perlawanan, Jayasooriya De Silva dari Sri Lanka |
Satu sidang akhbar menjelang perlawanan Liga AFC 2008 diantara pasukan Perak menentang Singapore Amred Forces FC telah diadakan bertempat di Pejabat Persatuan Bola Sepak Perak di Ipoh petang tadi. Turut hadir pada majlis itu adalah Jurulatih pasukan Perak, Steave Darby dan Jurulatih pasukan Singapore Armed Forces FC, Kok Chuan Bok.
Pada sidang akhbar itu, Steve Darby memaklumkan bahawa semua anak buahnya berada dalam keadaan baik tanpa sebarang tekanan dan kecederaan bagi menghadapi saingan menentang Juara Liga Singapura itu di Stadium Perak Esok (Selasa).
Dengan semangat kemenangan 3 kali berturut-turut ketika bertemu Perlis 2-0, Pulau Pinang 3-1 dan pada perlawanan pertama Liga AFC menantang New Radiant (Maldive) 3-1, Perak akan melayani pasukan Singapore Armed Forces FC dengan penuh semangat juang.
Sambil itu, Steve juga mengharapkan agar peminat-peminat pasukan Perak dapat datang beramai-ramai untuk memberikan sokongan padu kepada pasukan Perak.
Sambil itu, pasukan Singapore Armed Forces FC yang akan dibarisi oleh tiga orang pemain kebangsaan mereka juga mengharapkan setidak-tidaknya satu mata dibawa pulang. Persaingan sengit akan diberikan pasukan pelawat itu yang mengakui Pasukan Perak adalah bukan calang-calang pasukan.Singapore Armed Forces FC menang pada perlawanan pertama menentang Kitchee FC dengan 4-0.
Kedudukan dalam kumpulan E kini memihak kepada pasukan Singapore Armed Forces FC dengan 3 mata menyamai Perak namun kelebihan jaringan memihak kepada mereka. Manakala tempat ketiga adalah pasukan New Radiant (maldive) dan Kitchee Fc (Hong Kong) keempat. |