BERITA UTAMA - Webmaster

Perak Terus Lakar Kemenangan

Gambar - Jorge berlari sambil meraikan gol pertama Perak hasil jaringannya pada minit ke-32.

MERAH - Pengadil perlawanan, Tajikistan Orzuev Dilovarshokh melayangkan kad merah pertama buat Soba Ibrahim dari New Radiant.

Perak meneruskan rentak kemenangannya dalam saingan liga AFC 2008 apabila berjaya menjinakkan pasukan New Radiant Fc dari Maldives dengan kemenangan besar 3 gol tanpa balas.

Namun begitu, Perak gagal memanfaatkan peluang untuk memungut lebih jaringan walaupun pasukan pelawat hanya bermain lapan orang pada separuh masa kedua setelah tiga dari pemainya dibuang padang akibat melakukan aksi keras dan mencetuskan pergaduhan.

Bermula dengan Soba Ibrahim dibuang padang pada minit ke-36, New Radiant terus dirundung malang apabila Ahmadey Mohamed dan Danial Mbock mengikuti jejak itu pada minit ke-43 dan 44 permainan tanpa sebarang amaran oleh pengadil bertugas, Tajikistan Orzuev Dilovarshokh.

Walaubagaimana pun, Perak sebelum itu telah berjaya memperolehi gol pertama melalui tandukan Jorge Antonio Munoz Abarca pada minit ke-32 hasil hantaran lintang dari sebelah kanan.

Minit ke-64, Jorge sekali lagi mengukir nama sebagai penjaring buat Perak juga hasil tandukannya dari dalam kotak penalti. Gol kedua tersebut terhasil apabial Jorge dengan tenang juga menanduk masuk hasil lintangan Razali Umar dari sebelah kanan padang.

Asakan untuk menambah jaringan selepas itu sering menjumpai jalan buntu walaupun sekadar berhadapan dengan lapan pemain. dan akhirnya pada minit ke-89, Perak berjaya melengkapkan malam kemenangan untuk gol ketiga.

Kali ini, Razali Umar berjaya mengukir nama sebagai penjaring hasil rembatan kencang dari luar kotak penalti. Keputusan penuh di Stadium Perak, Perak menang 3-0 ke atas pasukan New Radiant.