Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam Sejahtera.
Bersyukur ke hadrat Ilahi, pada hari ini saya masih bersama-sama pasukan negeri Perak Darul Ridzuan yang dicintai untuk mengharungi musim 2007 / 2008.
Terima kasih saya ucapkan kepada pihak persatuan kerana memberi ruang untuk saya memberikan sepatah dua kata dalam laman web rasmi ini. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga buat Persatuan kerana masih memberi peluang untuk saya terus berkhidmat dan menabur bakti kepada pasukan.
Buat pengendali pasukan, saya juga ingin berterima kasih kerana terus memberi kepercayaan kepada saya untuk mengetuai pasukan dalam misi mengejar kejuaraan-kejuaraan yang dipertandingkan di Malaysia mahupun peringkat antarabangsa di pertandingan AFC nanti. Dengan harapan dan kepercayaan yang diberikan, saya akan sentiasa berusaha untuk yang terbaik dan mengharapkan rakan-rakan seperjuangan juga sentiasa menunjukkan kesungguhan demi negeri Perak yang disayangi. |